CREAM PUFF WITH FRESH CREAM CHOUX PASTRY by Azie Kitchen


Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry

Choux Pastry:
[+] 1/2 cawan (65 grams) tepung serba guna
[+] 1/2 sudu kecil gula halus
[+] 1/4 sudu kecil garam
[+] 1/4 cawan (4 sudu besar/57 grams) unsalted butter - potong dadu
[+] 1/2 cawan (120 ml) air
[+] 2 biji telur gred A - pukul sedikit

Glaze:
[+] 1 biji telur gred A - pukul sedikit

Hiasan:
[+] Gula ising


Choux Pastry:
1.   Panaskan oven pada suhu 200C... Lapik loyang dengan baking paper atau menggunakan loyang yang di spray sedikit minyak...

2.   Di dalam mangkuk, ayak bersama tepung, gula dan garam... Ketepikan...

3.   Masukkan butter dan air ke dalam heavy saucepan di atas api sederhana sehingga mendidih... Pastikan butter telah cair sebelum air mendidih... Angkat saucepan dari dapur dan dengan menggunakan spatula kayu, tuang adunan tepung sekali gus dan kacau sehingga sebati...

4.   Letakkan semula di atas api dan terus dikacau dalam 1-2 minit atau sehingga ia menjadi adunan yang tidak melekat di periuk... Tujuannya juga supaya air tadi menjadi sedikit kering dari adunan...

5.   Masukkan adunan ke dalam mixer dan diputar dengan kelajuan perlahan dalam 1 minit... Bila doh telah suam kuku, tuangkan telur sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga menjadi adunan doh... Doh akan jatuh bila dituang menggunakan sudu membentuk tanduk... Tak perlu habiskan jika doh telah sesuai kelembutannya...

6.   Menggunakan 2 sudu, sudukan atau paipkan menjadi 12 biji doh atas baking paper dengan jarak 2 inci setiap satu... Dengan menggunakan berus pastri, lumur permukaan atas doh dengan telur yang telah dipukul untuk menghasilkan warna keemasan yang cantik... Namun pastikan telur tidak meleleh jatuh ke atas loyang bagi mengelakkan bawah pastri menjadi hangus semasa dibakar...

7.  Bakar selama 15 minit pada suhu 200C bertujuan untuk pastri naik dengan cepat... Pastikan semasa 15 minit pertama, jangan dibuka pintu oven... Kemudian suhu dikurangkan ke 180C dan  bakar lagi selama 30-35 minit atau sehingga berwarna keemasan... Boleh ambik sebiji dan dibelah untuk melihat jika ianya telah benar benar kering bagi mengelakkan ianya menjadi kempis ketika sejuk... Tutup oven dan keluarkan loyang...

8.   Cucuk cucuk di bahagian tepi dengan pisau dan jika masih ada yang belum kering, masukkan semula ke dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka... Biarkan pastri benar benar sejuk dan kering di dalam oven... Jika ada bahagian yang masih lembab, boleh dicubit keluar...

9.   Setelah pastri sejuk, pastri dibelah dua dan diisi dengan inti krim putar samada menggunakan sudu atau dipaip dengan piping bag... Untuk mendapat pastri yang rangup, isikan krim putar sebelum dihidangkan...

10.   Pastri bahagian atas diayak dengan sedikit gula ising sebagai hiasan dan letak di atas krim putar... Jika suka pastri yang sedikit lembut, boleh sediakan beberapa jam sebelum dihidangkan, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk...


Nota:
Jika ada lebihan, balut cream puff dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk... Atau masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga 1 bulan... Sebelum dihidang, defrost dengan dipanaskan dalam oven 180C selama 5-7 minit sebelum dimasukkan cream... Jika telah diletakkan cream, cream puff hendaklah disimpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari... Lebih sedap dimakan pada hari di mana cream diletakkan...


Krim Putar

Bahan bahan:
[+] 1 cawan (240 ml) heavy whipping cream atau double cream
[+] 1/2 sudu kecil pure vanilla extract
[+] 1 1/2 sudu besar gula halus atau secukup rasa

Cara cara;
Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream, vanilla extract dan gula... Kacau sebati... Tutup dengan plastik dan sejukkan mangkuk serta whisk di dalam peti sejuk selama 15 minit... Setelah sejuk, putar sehingga ianya kembang dan kental bertanduk...


French Cream Raja Badariah

Bahan bahan:
[+] 1/3 cawan gula kaster
[+] 1/4 cawan tepung kastard
[+] 1 cawan susu segar
[+] 1/8 sudu kecil garam
[+] 1/2 sudu kecil esen vanilla
[+] 3 biji kuning telur - pukul seketika
[+] 3 sudu besar mentega
[+] 1 ketul mentega - 200 gram

Cara cara:
1.   Satukan gula, garam, tepung kastard dan susu di dalam periuk... Sambil dikacau menggunakan whisk, masak menggunakan api sederhana...

2.   Apabila adunan telah pekat, masukkan telur dan terus tutup api... Terus dikacau sehingga adunan pekat seperti riben...

3.   Masukkan 3 sudu besar mentega dan esen vanilla... Kacau rata... Tutup periuk dengan glad wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk...

4.   Putar mentega dan masukkan ke dalam adunan kastard yang telah sejuk sebanyak 1 sudu besar setiap kali sehingga habis... Sedia untuk digunakan...

5.   Dengan menggunakan piping bag, pipe menggunakan corak yang disukai ke dalam pastri cream puff yang telah dibelah dua... Masukkan ke dalam cawan kertas dan akhir sekali ayak gula ising sebagai hiasan...

0 Response to "CREAM PUFF WITH FRESH CREAM CHOUX PASTRY by Azie Kitchen"

Post a Comment