RESEPI BINGKA UBI YANG LEMBUT LAGI GEBU~ BACA DISINI


Bahan-bahan:

-4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dlm kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yg keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yg tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
-2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
-1 cawan gula pasir ~ ita lebihkan sikit gula
-1/2 sudu teh garam
-sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dlm loyg berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyg 8x8 pun ok.
Masukkan loyg ke dlm ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Ramai yg tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yg Kak An baca dlm majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dlm penyediaannya. Contohnya ada yg dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yg siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyg terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyg pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dgn syarat kuih telah cukup disejukkan

Sumber: Masam Manis

0 Response to "RESEPI BINGKA UBI YANG LEMBUT LAGI GEBU~ BACA DISINI"

Post a Comment