RESEPI SALMON QUICHE MUDAH


Salmon Quiche 

Doh Pastri:
['] 190gm tepung gandum
['] 120gm mentega sejuk
['] 1 biji kuning telur
['] 2 sudu kecil air sejuk dari peti sejuk

**Acuan Tart 8 in atau 6 acuan mini - di gris

Cara-cara :
*1...  Satukan tepung gandum dan mentega, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti...

*2...  Masukkan kuning telur dan sedikit air sejuk, uli sehingga menjadi doh...

*3...  Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit..
.
*4...  Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm dan lebih lebar dari saiz acuan tart...

*5...  Masukkan pastri ke dalam acuan tart, trim bahagian atasnya dan cucuk dengan garpu...  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit...

*6...  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 160C...

*7...  Sejukkan dahulu sebelum di isi dengan filing...


Bahan Filling:
['] 1 sudu besar minyak zaitun
['] 1/2 biji bawang besar - di cincang
['] 1 tangkai daun kucai - potong kecil
['] 100gm isi ikan salmon - potong kecil
['] 100gm parutan keju cheddar / mozarella
['] 2 biji telur
['] 100 susu segar / susu sejat
['] 80gm UHT whipping cream
['] 1/2 sudu besar tepung gandum
['] 1/4 sudu teh garam halus
['] sedikit serbuk lada sulah

Cara-cara :
1... Panaskan minyak zaitun, tumis bawang hingga naik bau dan keperangan, tutup api dan sejukkan sebentar...

2... Kemudian ratakan ke dalam kulit pastri, di ikuti parutan keju dan ikan salmon...  Ketepikan...

3... Dalam mangkuk, pukul telur, susu segar, uht whipping cream, tepung gandum, garam dan lada sulah...  Tapis dan tuangkan 3/4 penuh ke dalam kulit pastri...

4... Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 25-30 minit atau sehingga masak...
5...  Sedia di hidang panas atau sejuk...

0 Response to "RESEPI SALMON QUICHE MUDAH"

Post a Comment